Monday, 8 April 2013

secret admire

                USAI solat subuh,aku membaca buku untuk mengulangkaji pelajaran .Tiba-tiba handphone aku berdering kedengaran lagu maafkan aku,pagi -pagi lagi aku terima berita yang amat menyedihkan...aku terkilan kerana tidak sempat untuk memohon kemaafan daripada dia....dia telah pergi meghadap ilahi...aku hanya mampu menadah tangan berdoa supaya dia ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..aku teringat sewaktu aku masih berkerja di pasaraya yang berhampiran dengan rumah aku..setiap pagi aku suka mengusik dia..dia akan datang ke pasaraya setiap pagi bersama rakannya untuk membeli air minuman..paling aku tidak boleh lupa bila aku kata "mata abang cantik warna coklat,saya suka..."riak wajahnya akan berubah dan tersenyum manis sambil membalas kata-kataku.."sungguh indah ciptaan allah abang hanya meminjam tapi allah yang memiliki segalanya,bersyukur dengan apa yang kita ada"..air mata aku melimpah jua akhirnya,aku tatapi potretnya yang tersenyum manis.